SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETULAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETULAN D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU KM 5 JALAN SULTAN ISKANDAR 97000 BINTULU, SARAWAK Email:setulanybb9211@gmail.com

Tentang Kami


Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sungai Setulan terletak dalam Daerah Tatau.Walau bagaimana pun dari segi pembahagian zon sekolah-sekolah, sekolah ini dimasukkan ke dalam Zon Bintulu. Laut merupakan jalan utama yang menghubungkan sekolah ini dengan Bandar Bintulu sehingga wujudnya pembinaan Jalan raya Pesisir Pantai Jalan Jepak-Kuala Tatau yang siap dalam tahun 2004. Sekarang sekolah ini dapat dihubungi melalui alan raya sejauh lebih kurang 50km dari Bandar Bintulu.
  Berdasarkan fakta, sekolah ini pada awalnya telah ditubuhkan oleh Mubaligh Kristian Seventh Day Advantist (SDA) pada awal tahun 1960-an. Oleh yang demikian dahulunya sekolah ini lebih dikenali dengan Sekolah Rendah Bantuan Sungai SetulanNama ini diambil dari nama sebatang anak Sungai yang mengalir ke Laut Cina Selatan di mana tempat sekolah ini didirikanPada tanggal 17 April 1972, sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan dan namanya ditukarkan kepada Sekolah Rendah Kerajaan Sungai SetulanMurid-muridnya adalah terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan atau rumah panjang di sekitarnya termasuklah daripada Rh. Henry Ngalang Sungai Setulan, Rh. Jamit dan Rh. Ambu, Sungai Semanok.

  Encik Suhaili Bin Lagon merupakan Guru Besar pertama ditempatkan di sekolah ini semenjak ia diambil alih oleh kerajaan. Jumlah bilangan pelajar pada masa itu ialah seramai 52 orang. Sekolah ini kemudiannya dipindahkan ke sebidang tanah seluas 2.50 ekar pada tahun 1979. Pada masa tersebut sekolah ini hanya terdiri daripada 3 blok bangunan.  Pengambilan pelajar dibuat 2 tahun sekali kerana jumlah bilik darjah yang terhad.  Pada tahun 2001, sebuah lagi blok kelas dibina bagi menampung kekurangan bilik darjah. Ini adalah ekoran daripada Dasar Kementerian Pelajaran pada waktu itu yang mewajibkan pengambilan pelajar dibuat setiap tahun.
Sekarang, sekolah ini telah mempunyai 4 blok bangunan. Blok A menempatkan Blok Pentadbiran /bilik Mesyuarat /bilik guru, SPBT dan Bilik Sains. Blok B terdiri daripada Bilik Serbaguna dan Bilik Stor Am  dan Stor Sukan . Blok C menempatkan Pusat Sumber Sekolah( perpustakaan, bilik ICT dan bilik tayangan), BD Tahun 1-, Tahun 3 dan Tahun 4. Blok D pula terdiri daripada BD Tahun 2, Tahun 5, Tahun 6, dan Bilik Pemulihan.
 Prasarana lain termasuk sebuah padang yang cantik  dan sebuah gelanggang serbaguna/tapak perhimpunan.Sekolah ini mempunyai 4 Blok kuarters guru, 3 daripadanya dibina oleh Kementerian dan yang lain secara gotong-royong. Kini , sekolah ini telah mengalami satu perubahan yang agak drastik dan telah berubah wajahnya dengan terbinanya Blok Rumah guru 3 unit yang baru siap sepenuhnya pada tahun 2010. Kemudahan janakuasa sudah dibekalkan . Kini semua warga sekolah tidak perlu lagi berjalan di atas tanah paya kerana kemudahan jambatan yang Kementerian sediakan mampu menjadikan pergerakan warga sekolah lebih selesa. Kini, warga sekolah dapat bergerak dengan mudah dengan adanya jalan raya (berbatu) yang menghubungnya ke jalan persisiran pantai Bintulu-Kuala Tatau. Tambahan pula projek bekalan air bersih hampir  siap di sekolah selain kemudahan bekalan janakuasa elektrik 24 jam.

1 comment:

 
Blogger Templates